Assalamualaikum.
Hai! Untuk tajuk hari ni, tentang 'HOMESCHOOL'. Apa tu HOMESCHOOL? HOMESCHOOL ialah BELAJAR DI RUMAH. Mengapa saya memilih untuk berHOMESCHOOL dan bukan ke sekolah? Ini kerana belajar di rumah lebih banyak aktiviti yang lebih seronok berbanding aktiviti di sekolah. Mungkin di sekolah ada kelab robotik, kelab kesenian dan kebudayaan, kelab bahasa melayu dan lain-lain. Tapi, jika HOMESCHOOL, ada aktiviti yang lebih menarik macam berenang, memanah, berkuda dan banyak lagi. Tetapi, rindu juga lah dekat kawan-kawan di sekolah lama. Saya nak sangat melawat sekolah, tapi belum masanya lagi. Masa hari sukan sekolah SIDE, saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan saya. Dan dapat berjumpa dengan cikgu-cikgu. Seronok sungguh! Saya juga teringin nak pergi sekolah. Baiklah, itu saja yang saya mahu kongsikan di sini. Terima kasih! Jumpa lagi!
-Raudhatul Huda
No comments:
Post a Comment