Sunday, 28 September 2014

WiFi

Assalamualaikum.


     Tajuk untuk hari ni ialah... WiFi! Dulu masa saya tak tahu apa tu WiFi, saya bahagia.... Tapi, sejak saya kenal apa itu WiFi, apa lagi, kemaruklah! Bila saya pergi rumah siapa-siapa yang tak ada WiFi, saya selalu terdetik dalam hati, 'Macam mana lah diaorang boleh hidup tanpa WiFi?' Tapi, bila fikirkan balik, dulu saya pun tak ada WiFi. Untung apa rumah orang yang tak ada WiFi. Tak adalah kemaruk sangat. Kalau rumah korang tak ada WiFi, mesti ada sesetengah daripada korang yang takut orang kata 'ketinggalan zaman' kan? Mengaku je... Saya pun macam tu juga... Takpe, jangan takut! Lagi ketinggalan zaman lagi bagus. Tak ada lah kemaruk sangat (berapa kali ni ulang ayat ni? -.-). Ok, itu lah untuk cerita semalam. Hehe, semalam belum tulis lagi. Ok, bye!

-Raudhatul Huda

Friday, 26 September 2014

The Power of Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum.


     Hai! Cerita kali ni pasal... The Power of Surah Al-Fatihah!!! Cerita ni betul-betul berlaku. Dekat saya pulak tu. Cerita ni baru je berlaku tadi. Ceritanya begini...

     Tadi, Umi, Hana' dan saya pergi Bank Rakyat. Umi nak keluarkan duit. Umi pun masukkan kad. Masukkan pin, pilih jumlah duit nak keluarkan, dan tunggu. Tunggu punya tunggu, duit tak keluar.juga. Baru nak ura-ura panggil guard, Umi suruh baca Surah Al-Fatihah. Lepas kitaorang habis baca, Umi tekan button 'BATAL'. Lepastu, cuba teka apa jadi? Jeng Jeng Jeng!!! Kad tu dah keluar! Alhamdulillah... Lepastu pergi mesin ATM yang lain dan keluarkan duit. Dapat juga akhirnya... Alhamdulillah!

     Jangan pandang rendah dengan ayat-ayat AL-QURAN ni!  Dengan izin ALLAH, apa yang kita doa akan dimakbulkan. Baik! Itu saja! Jumpa lagi!

-Raudhatul Huda

Menipu

Assalamualaikum.


     Hai! Baik, untuk tajuk saya pada hari ini ialah MENIPU. Apa itu menipu? Menipu ialah sesuatu perbuatan yang buruk. Contohnya: Umi saya bertanya yang saya sudah solat Zohor atau belum. Saya menjawab sudah padahal saya belum solat Zohor lagi. Haa, itulah menipu... Haihh... Sebenarnya memang saya pernah dan BANYAK KALI saya tipu umi dan ayah lagi-lagi pasal solat... Ya Allah, kau berikanlah petunjuk kepadu ku... Amiiin... Baiklah, saya rasa semua orang pernah menipu. Kecuali Nabi-Nabi ALLAH. Mungkin banyak orang menipu terutamanya tentang solat. Kan? Memang betullah cakap orang, susah nak cakap benar. Kenapa susah? Ada sebab kenapa orang menipu... Antaranya ialah:

1- Takut kena marah.
2- Nak tutup malu.
3- Tak nak risaukan siapa-siapa.
4- Nak selamatkan diri.

Ehem! Baik, untuk sebab pertama iaitu 'takut kena marah'. Macam sayalah, ada hari saya cakap benar, ada hari saya cakap bohong. Kenapa saya buat macamtu? Sebab, kadang-kadang angin ayah tak baik. Jadi saya cakap sudah untuk setiap soalan yang ayah tanya TERUTAMA pasal solat. Haihh... Teruk kan saya ni? Jangan ikut perangai saya ya! Nanti awak semua pulak berdosa. Ok lah, sambung pulak sebab yang kedua. 'nak tutup malu'. Ini satu kesalahan jugak tau. Oleh sebab kita nak tutup malu, kita cakap dah. Padahal... Hmm... Tau tau je lah... Contohnya macam, cikgu 1 tanya kita dah bagitau cikgu 2 ni pasal sekian sekian... Cikgu tanya kita dekat satu kelas. So satu kelas boleh dengar. Kita belum cakap lagi dekat cikgu 2 yang cikgu 1  bagitau sekian sekian. Padahal cikgu 1 dah lama suruh. Lepastu, tak nak malu, kita cakap lah dah bagitau. Lebih kurang macamtu lah... Untuk sebab yang ketiga pulak. 'Tak nak risaukan siapa-siapa'. Saya rasa sebab dia nak bohong ni atas sebab yang baik. Contohnya: Kita daripada keluarga yang miskin. Ayah kita meninggal masa kita kecik lagi. Lepastu kita dibuli di sekolah baru. Mak kita tanya macam mana di sekolah baru. Ok ke, kena buli ke atau macam mana. Kita tak nak risaukan mak kita, kita cakap ok je. Lepastu kita cerita bestnya dekat sekolah baru tu walhal kita menderita dekat sana. Macam tu jugak lah... Ok lah, tanpa melengahkan masa, untuk YANG TERAKHIR! Iaitu 'nak selamatkan diri'. Contohnya pulak macam ni: Ayah kita suruh buat ni, ni, ni. Ayah kita bagi 10 minit untuk siapkan kerja yang ayah kita suruh buat tu. Tapi, kita leka dengan sesuatu macam guna gadjet, sampai 10 minit, ayah kita tanya dah siap ke belum. Kita tahu ayah kita garang. Lepastu kita cakap lah dah. Lepastu ayah kita pun tertipu. Astaghfirullahalazim... Contoh ni lebih kurang sama dengan contoh yang pertama tadi. Tapi kan, bukan senang tau nak tipu mak dengan ayah kita. Sebab diaorang pun pernah menipu jugak so diaorang tahu taktik kita. Lagi-lagi mak. Dia yang mengandungkan kita, so dia lebih tau sama ada kita tipu atau tak. Ok! Itu saja untuk hari ni. Assalamualaikum!

-Raudhatul Huda

Tuesday, 23 September 2014

HOMESHOOL

Assalamualaikum.


     Hai! Untuk tajuk hari ni, tentang 'HOMESCHOOL'. Apa tu  HOMESCHOOL? HOMESCHOOL ialah BELAJAR DI RUMAH. Mengapa saya memilih untuk berHOMESCHOOL dan bukan ke sekolah? Ini kerana belajar di rumah lebih banyak aktiviti yang lebih seronok berbanding aktiviti di sekolah. Mungkin di sekolah ada kelab robotik, kelab kesenian dan kebudayaan, kelab bahasa melayu dan lain-lain. Tapi, jika HOMESCHOOL, ada aktiviti yang lebih menarik macam berenang, memanah, berkuda dan banyak lagi. Tetapi, rindu juga lah dekat kawan-kawan di sekolah lama. Saya  nak sangat melawat sekolah, tapi belum masanya lagi. Masa hari sukan sekolah SIDE, saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan saya. Dan dapat berjumpa dengan cikgu-cikgu. Seronok sungguh! Saya juga teringin nak pergi sekolah. Baiklah, itu saja yang saya mahu kongsikan di sini. Terima kasih! Jumpa lagi!


-Raudhatul Huda

Monday, 22 September 2014

Muzium Yayasan Restu

Assalamualaikum.


     Hai! Hari ni saya nak ceritakan perjalanan saya, Hana', Sumaiyyah dan keluarganya pergi ke Yayasan Restu di Shah Alam. Itu kali kedua saya pergi ke sana. Di sana ada pameran. Banyak sangat pameran di sana. Masuk sahaja, nampak replika baju Nabi Adam a.s. Baju tu, saaaangat BESAR. Itu menunjukkan betapa tingginya Nabi Adam a.s. Kemudian, kami pun masuk ke muzium itu. Masuk saja... ada al-quran, lepastu masuk lagi, ada baaanyak pedang. Replika Pedang Uthman Bin Affan, Replika Pedang Nabi Muhammad dan banyak lagi replika pedang. Kemudian, kami memasuki.... REPLIKA RUMAH RASULULLAH! Masuk je dalam replika rumah rasulullah, saya terasa macam dalam zaman rasulullah... Subhanallah... Rumah nabi kecik je. Ruang tamu, bilik Rasulullah, bilik tempat Fatimah  di lahirkan dan musollah. Tempat memasaknya pula di luar. Zaman dulu, bukan macam zaman sekarang. Ada dapur lah, laundry lah, closet lah dan macam-macam lagi lah! Tapi zaman nabi, mana ada tu semua... Kecik je... Okey, lepas masuk replika rumah rasulullah, kami pun keluar dari muzium tu. Kemudian, kami melihat seni menggunakan ayat Al-Quran, seni khat dan lain-lain. Lepastu, kami pun keluar. Kebetulan hari yang kami pergi tu ada banyak gerai. Tapi, hari tu hari terakhir gerai-gerai tu dibuka. Banyak gerai dah tutup. Ada sikit je kedai yang masih bukak. Kedai aiskrim, Tourism Malaysia, kedai kelab archering, dan naik kuda. Saya nak naik kuda, tapi harganya mahal. RM 24.00. Takpe lah... Bukan rezeki saya... Kemudian, kami pun pulang... Saya pergi rumah Sumaiyyah sebab dekat rumah bukan ada sesiapa pun selain bibik. Umi dengan ayah pergi Jakarta, Abang Umair dan Kak Long ada di Turkiye, Abang Suhair pula di asrama klang. Okay, straight to the point, akhirnya, kami pun selamat sampai di depan rumah Sumaiyyah. Sampai rumah Sumaiyyah tu dalam pukul 8:15 malam tak silap. Kami belum sempat solat maghrib lagi. Jadi, sampai-sampai kami terus solat maghrib. Err... Sebenarnya, sampai-sampai saya, Hana' dan Sumaiyyah masih tangguh-tangguh lagi... Haih... Lepas pukul 9:10 kot baru kami solat maghrib... Isy isy isy... Jangan tiru perbuatan kami ya! Memang TAK PATUT! Lepastu, kami tengok cerita melayu dekat handphone abang suhair, main makeup tutorial, (-.-) dan banyak lagi. Taklah banyak sangat. Then, mak tam panggil kami untuk makan. Makanan dia ialah... Capatti dan kuah kari!!! Sedap... Saya termakan cili padi... PEDAS!!! Lepas makan Uncle Shahul pun hantar kami balik... Masuk je rumah, tukar baju, bentang tilam, letak bantal dan guna gadjet... Hahaha... Dalam pukul 1:00 pagi umi dengan ayah pun balik. Masa tu saya dan Hana' masih guna gadjet. So kitaorang tahu lah umi dengan ayah dah balik. Umi dengan ayah beli mochi... Ada mochi peanut butter, ada mochi pandan dan lain-lain. Sedapp! Lepastu kami pun tidur...


     Baiklah, itu saja untuk cerita saya hari ini. Terima kasih kepada kawan saya, Sumaiyyah, adik saya, Hana', Umi saya, Shariza, Ayah saya, Mohd Yadman, dan semua orang yang saya mention di atas, terima kasih sebab sudi muncul dalam cerita saya kali ini. Jazakillah dan Jazakallah!

P/S: Kejadian ini berlaku semalam. (Ceh, kejadian)


-Raudhatul Huda

Saturday, 20 September 2014

Tak Dapat Tidur!

Assalamualaikum.


     Hai! Saya tak dapat tidur lagilah... Umi dengan ayah pergi Jakarta pagi tadi pukul 11. Sekarang ni, saya dan Hana' saja yang belum tidur. Bibik dah tidur dah. Serius saya tak dapat tidur. Padahal, tengah hari tadi saya rasa tak ada pulak saya tidur. Hmm... Apa-apa je lah... Oh ya, tadi saya, Hana' dan bibik terdengar suara orang lelaki india bergaduh dekat simpang tepi rumah kami. Takut saya dan Hana' tadi. Takut kalau dia baling-baling barang ke lepastu terkena rumah orang ke... Nauzubillahiminzalik... Tapi alhamdulillah orang india lelaki tu dah tak ada... Apa nak cerita ya... Hmm... Haa! Tadi, saya buka Facebook dan abang umair online! Saya pun apa lagi, chat lah dengan abang umair. Buat yang tak tahu siapa abang umair, abang umair ialah abang pertama saya yang berada di turki... Tapi taklah berbual panjang. Sebab dia kata dia sedang gunting rambut. Saya minta dia beri gambar dia gunting rambut. Tapi dia belum beri lagi. Mungkin abi sudah simpan handphone kot. Tak mengapalah... Ehem! Saya rasa sampai di sini saja. Lain kali saya akan tulis lagi. Bye! Terima Kasih!

-Raudhatul Huda

Friday, 19 September 2014

Permulaan

Assalamualaikum


     Hai! Ini kali pertama saya menulis blog sendiri. Sebelum ini saya hanya kongsi blog dengan umi sahaja. Alhamdulillah Allah izinkan saya buat blog sendiri. Baik, sebagai permulaan, saya akan menulis serba sedikit tentang diri saya. Bismillahirrahmanirrahim...

1- Nama penuh: Raudhatul Huda Bt Mohd Yadman
2- Nama samaran/panggilan: Huda
3- Hobi: Membaca dan memasak desert
4- Cita-cita: Hafizah dan Guru
5- Anak yang ke: Empat daripada lima orang adik-beradik

Itu sahaja yang saya dapat tulis di sini. Yalah, jika saya beri alamat rumahlah, nombor telefon atau sebagainya, mesti bahaya! Zaman sekarang kan makin banyak penjenayah. Saya tak mahulah kena culik! Nauzubillahiminzalik! Okaylah, itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi!