Saturday, 17 January 2015

Ganjaran Yang Tak Diduga

Assalamualaikum. Hai.


     Hari ni saya nak ceritakan pasal tajuk di atas. Okey, cerita dia start macam ni...
Masa baru balik dari MTSP, dalam kereta, saya dan hana masih tak tidur. Selalunya kitaorang terus tidur bila masuk kereta. Tapi, malam tu, kitaorang dapat tau sesuatu yang baru...


     Ayah cerita pasal sedekah. Semua Umat Islam tau kalau kita bersedekah mesti Allah ganti balik. Tapi mesti kita ingat makna 'Allah ganti' tu mesti ganti dengan duit kan? Sebenarnya kita silap. Allah boleh ganti dengan banyak benda lain macam contohnya kan kita bagi sedekah, lepastu tiba-tiba kawan kita belanja kita makan KFC atau sebagainya, itu pun dah dikira sebagai makna 'Allah ganti'. Contoh yang lain pulak macam mungkin Allah ganti masa di akhirat, atau rezeki kita murah dan sebagainya.


     Saya pun dulu ingat Allah ganti dengan duit je, sampai tertunggu-tunggu mana duit yang Allah janji nak ganti. Astaghfirullahalazim... Jadi, moral of the story is jangan pernah sekali-kali sangka buruk dengan Allah k?


     Ermm... Saya rasa setakat tu dulu je kot... Nanti saya perah idea nak tulis apa... Jazakumullahukhair sebab sudi dengar a.k.a baca post saya yang singkat sangat. Sekian...


-Raudhatul Huda